|
Kegiatan utama sahaja dipaparkan di sini.
|
|
|

|
Galeri ini memuatkan gambar-gambar yang menarik sempena pelancaran Kelab 'Obor' Berita Harian pada 13.3.2006 yang bertempat
di dewan sekolah menengah BVS.
|
UMBARA LIVE! akan dipentaskan lagi pada 19.5.2006. Hubungi kami untuk menempah tempat. Tinggal 30 tempat sahaja.
|
Konsert UMBARA LIVE!
URL telah beraksi pada hujung bulan Februari 2006 di Play Den @ The Arts House buat julung-julung kalinya. Seramai
92 orang pelajar telah membanjiri Play Den untuk menyaksikan persembahan UMBARA.
|
|

|
Anugerah Persuratan 2005
Alhamdulillah, UMBARA diiktiraf. Hadiah Sastera dalam bidang lirik lagu (lirik lagu 'Umbara') menguatkan azam kami untuk
terus menghidangkan yang terbaik buat masyarakat. Laporannya di sini.
|
|
|
| Laporan BH tentang UMBARA |

|
| Pada 8.10.2005. Muka surat 24. |
|
|

|
|
- Laporan Berita Harian
BAGAIKAN konsert sayembara yang membangkitkan semangat jiwa muda.
Apabila kumpulan lagu-lagu puitis, Umbara, muncul menggegarkan dewan Sekolah Menengah Bedok View dalam segmen pembuka tirai
pelancaran Kelab Obor, pelajar-pelajar yang hadir bersorak gembira.
Dengan berbekalkan kaca mata hitamnya, vokalis utama kumpulan tersebut, CG Karmin, yang merupakan seorang guru Bahasa Melayu,
menarik suaranya dengan irama blues yang mempesonakan.
Tidak hairan jika hadirin tersentak daripada lamunan dek mata dibuai rasa ngantuk di pagi hari. Kemudian, hadirin dihiburkan
dengan persembahan lagu yang turut membakar jiwa muda iaitu Diari Kecil Ini.
Ia didendangkan dengan penuh bertenaga oleh trio dari Sekolah Menengah Bedok View, iaitu Hazwan Moshin, 13 tahun; Muhammad
Aidil Adnan, 15 tahun dan; Muhammad Shafiq Sulaiman, 17 tahun.
Di kalangan mereka bertiga, si 'comel' Hazwan Moshin adalah yang paling mencuit perasaan ramai kerana tubuhnya yang kecil
dan ketinggiannya.
Sedang Muhammad Aidil dan Muhammad Shafiq tinggi-menggalah, Hazwan yang tampak seperti masih di bangku sekolah rendah tidak
kekok digandingkan dengan pelajar lebih dewasa.
Dia, bahkan, bersahaja dan begitu manja dengan pengasuhnya, CG Karmin.
|
|
Kini anda boleh promosi karya muzik anda dengan mudah. Jika anda ada sebuah lagu yang telah dirakamkan, anda boleh mempromosinya
di sini.
Sertai senarai e-mel URL
Jika anda berminat untuk mendapatkan berita terkini tentang URL, sila daftarkan e-mel anda di bawah. Kami tidak akan
mengongsi e-mel anda dengan pihak lain. Hanya 50 pendaftar sahaja yang dibolehkan. Tempat terhad!
Ada kisah di sebalik setiap lagu dendangan UMBARA. Halwa D'MP3 ialah rakaman audio berbentuk lagu
atau cerita Anda boleh membaca kisah di sebalik lagu yang disiarkan di sini. Sila ke www.ceterpen.wordpress.com untuk menikmati kisah di sebalik lagu.

Berita Menarik tentang UMBARA
|
| PUITIS |

|
|
|
|
| CG dan Addy sedang pasang tali gitar. |

|
| Sesi rakaman pertama di studio TNT. |
|
Rakaman Lagu 'LBGS'
Alhamdulillah, rakaman lagu 'Limerik Bazaar Geylang Serai' telah siap. Tujuan
rakaman ini dibuat ialah untuk merakam detik-detik nostalgia sebuah ikon masyarakat Melayu iaitu kawasan Jalan Pasar Baru
dalam suasana bulan Ramadan. Sila nikmati lagu dan lirik 'Limerik Bazaar Geylang Serai' di sini.
|
| The Arts House |

|
| Teman Akrab UMBARA |
| Merbuk Platoon |

|
| Penyokong Kuat Artis-Artis Tanahair |
UMBARA Dengan Badan Kemasyarakatan
|
|
|
URL beraksi sempena PAMERAN BALAI
TOKOH 2005 yang mengabadikan enam lagi tokoh Melayu Singapura atas sumbangan mereka kepada negara dilancarkan
di Kampung Melayu Geylang Serai. Acara ini dianjurkan oleh Majlis Pusat. Terima kasih Majlis Pusat kerana sudi mengundang
URL.
|
|